Jelajah Pendidikan Tinggi perkasa luar bandar Sabah

Jelajah Pendidikan Tinggi perkasa komuniti luar bandar Sabah

Mustapha Sakmud ( kiri) melawat pameran reka cipta daripada peserta kurssus pendek Kolej Komunit di Felda Umas, Tawau. baru-baru ini. – utusan/BESSE AISYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperluas akses ilmu ke akar umbi diteruskan menerusi Program Jelajah Pendidikan Tinggi untuk Komuniti @ Sabah Siri Ketujuh yang berlangsung di Felda Umas, Tawau, Sabah.

Program anjuran Kolej Komuniti Tawau itu hadir selepas enam siri terdahulu yang diadakan di Kota Belud, Kota Kinabalu, Kudat, Kota Marudu, Sandakan dan Lahad Datu.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, siri jelajah itu bukan sahaja memperkenalkan peluang pendidikan tinggi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malah membuka ruang pembelajaran sepanjang hayat melalui pelbagai kursus pendek.

“Pendidikan tidak terhad dalam bilik kuliah, tetapi perlu dibawa terus ke tengah komuniti,” katanya ketika merasmikan program tersebut baru-baru ini.

Ketika ini terdapat 106 Kolej Komuniti di seluruh negara yang menawarkan kursus pendek dan juga program sepenuh masa, dengan syarat minimum lulus SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Kolej Komuniti Tawau menawarkan empat program sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Elektrik, Teknologi Maklumat, Kulinari dan Teknologi Automotif yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri sekali gus menyediakan laluan kerjaya kepada belia tempatan.

Dalam siri jelajah di Felda Umas, pelbagai kursus pendek diperkenalkan, antaranya Pengenalan Sistem Gantungan dan Tayar Automotif, Pembuatan Sabun buat lakukan sendiri (DIY), gubahan bunga dan coklat dan pembuatan keropok lekor, resin art dan solarbot-reka cipta robot jimat tenaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN