JDT buru kemenangan pada aksi sulung ACLE

JDT buru kemenangan pada aksi sulung ACLE

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz (kiri) ketika sidang media pra perlawanan menentang Buriram United di Stadium Chang Arena, Thailand, malam esok.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menuntut aksi terbaik daripada pemain-pemainnya menentang Buriram United bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Chang Arena, Thailand, malam esok.

Munoz, 45, menjangkakan satu pertembungan yang sengit berdepan kelab Thailand itu dalam misi membawa pulang tiga dan membuka langkah kanan dalam kejohanan antarabangsa terbesar rantau ini.

Menurut pengendali kelahiran Sepanyol itu, skuad Harimau Selatan perlu mengekalkan momentum kemenangan yang diraih dalam saingan domestik apabila berdepan Buriram United.

Tanpa berselindung, Munoz akan memerah keringat kesemua pemain import yang dapat diturunkan pada perlawanan itu bagi memastikan JDT memperoleh kemenangan yang diburu.

“Ini adalah tugasan pertama saya di peringkat Asia dan saya akan mengambil serius perlawanan pertama ini yang amat penting bagi membuka laluan buat pasukan melangkah lebih jauh.

“Justeru, kita sudah membuat persiapan ampuh dengan corak permainan yang akan diterapkan pada perlawanan itu. Pemain juga dituntut memberikan aksi terbaik mereka lebih daripada yang biasa,” katanya.

Kali terakhir JDT berdepan Buriram United, skuad kendalian Osmar Loss mengalahkan Harimau Selatan 1-0 sekali gus menyaksikan pasukan dibimbing Hector Bidoglio ketika itu terlepas slot ke suku akhir pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, 11 Mac lalu.

Munoz memberitahu, dia masih belum memuktamadkan kesebelasan yang akan diturunkan dan percaya semua pemain berada dalam keadaan tahap terbaik untuk diturunkan.

Katanya, kehadiran pemain baharu seperti Ager Aketxe dan Raul Parra dijangka menambah sengat buat pasukan di bahagian jentera serangan dan lebih kukuh di barisan pertahanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN