Isyraf-Adib juarai pusingan akhir WCGC, wakili Malaysia ke Shanghai

Isyraf-Adib juarai pusingan akhir WCGC, wakili Malaysia ke Shanghai

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama juara WCGC Malaysia, Isyraf Widad Muhammad Ikmal Opat (tiga dari kiri) dan Muhammad Adib Ibrahim di Kota Permai Golf & Country Club di Shah Alam, semalam. - IHSAN PENGANJUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gandingan muda, Isyraf Widad Muhammad Ikmal Opat dan Muhammad Adib Ibrahim mencipta kejutan apabila muncul juara edisi pertama Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia semalam.

Pasangan dari Widad Skycore (M) Sdn Bhd itu menewaskan 19 pasukan lain dengan mengumpul 42 mata Stableford di Kota Permai Golf & Country Club di Shah Alam.

Kejayaan tersebut melayakkan mereka mewakili Malaysia ke pentas akhir dunia WCGC 2025 di Dongzhuang Beach Golf Club, Shanghai pada 19 hingga 23 Oktober ini.

“Kami sendiri terkejut dengan kemenangan ini kerana cabarannya sangat sengit dengan pasukan yang hebat.

“Strategi kami sejak peringkat awal ialah saling mencabar dan menumpang momentum sesama sendiri, dan nampaknya ia berhasil,” kata Isyraf-Adib.

Naib juara pula milik pasangan Leonian Malaysia, Anushka Gayan dan Lee Robert yang turut akan mengiringi mereka ke Shanghai selepas mendapat slot tambahan hasil rayuan penganjur.

Tempat ketiga dimenangi pasangan adik-beradik, Selvan Subramaniam dan Sasikumar Subramaniam dari Cyberlan Integral Sdn Bhd yang turut mencatat 42 mata Stableford.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Penaung WCGC Malaysia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut mengiktiraf kejayaan penganjur dan para penaja menjayakan edisi sulung ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN