Isu luar padang tidak ganggu PDRM FC

Isu luar padang tidak ganggu PDRM FC

Pemain PDRM, Hadi Fayyadh (kiri), mengasak pemain Kelantan The Real Warriors, pada perlawanan Liga Super 2025/2026, Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PDRM FC membuktikan semangat juang mereka tidak mudah digugat meskipun dihimpit isu luar padang apabila meraih kemenangan sulung Liga Super musim ini.

Pengendali The Cops, Eddy Gapil menegaskan pemain tampil dengan jiwa kental dan langsung tidak membawa beban masalah ketika turun ke gelanggang.

“Majoriti pemain kami berpengalaman bersama kelab besar Pantai Timur, jadi mentaliti untuk terus bertarung sudah sebati dengan mereka.

“Walaupun pasukan diuji pelbagai kekurangan, saya tabik usaha dan dedikasi semua pemain serta staf kerana tetap beraksi secara profesional,” kata Eddy.

Kemenangan 3-1 ke atas Kelantan The Real Warriors itu dianggap titik tolak terbaik buat PDRM selepas dua aksi sebelumnya berakhir tanpa kemenangan.

Lebih manis, kombinasi Ahmad dan Henri Doumbia menjadi senjata utama yang sukar dikekang lawan hingga berjaya menghasilkan jaringan penting.

Eddy turut mengakui semangat luar biasa yang dipamerkan pemain kali ini lahir daripada rasa dahaga untuk memburu kemenangan.

Selepas kejayaan tersebut, PDRM bakal berdepan cabaran getir menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 5 Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN