Hari bahagia Amira Othman diraikan dengan ‘bachelorette’ usrah - Utusan Malaysia

Hari bahagia Amira Othman diraikan dengan ‘bachelorette’ usrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal menamatkan zaman bujang Ahad ini, penyanyi, Amira Othman bersyukur khabar gembira itu diraikan dalam sebuah majlis berkonsepkan bachelorette usrah anjuran rakan-rakan kelas agamanya, baru-baru ini.

Menurut Amira, majlis ilmu itu merupakan cetusan idea pelakon dan usahawan, Betty Rahmad yang mahu dirinya menuntut ilmu berumah tangga sebelum menjadi isteri.

“Bachelorette usrah oleh kawan-kawan usrah saya. Masya-Allah, baiknya kawan-kawan saya ini. Mastermind Betty, terima kasih selalu ada dan selalu ajak Mira pergi kelas.

“Usrah ni tentang pesanan menjadi isteri syurga. Betul-betul Betty suruh saya menuntut ilmu sebelum jadi isteri,” katanya dalam Instagram.

Terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan, bakal isteri kepada aktor, Fattah Amin itu turut menzahirkan rasa syukur dapat menimba ilmu dari majlis agama tersebut.

Dalam masa sama, dia berterima kasih atas segala ilmu yang sudah dikutip dari kelas agama dan penganjuran majlis tersebut.

“Terima kasih ustazah di atas perkongsian ilmu. Terima kasih kawan-kawan syurga saya. Semoga kita berkawan sampai syurga,” ujarnya.

Antara selebriti yang turut meraikan pada majlis itu ialah Hawa Rizwana, Amyra Rosli, Wany Hasrita, Nabila Razali, Nora Danish dan Bella Astillah.

Isnin lalu, Fattah mengumumkan dia dan Amira bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Ahad ini ketika di majlis pelancaran lagu terbaharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir di sebuah hotel.

Pengumuman itu secara tidak langsung meleraikan spekulasi mengenai hubungan mereka yang hangat menjadi sorotan sejak awal tahun lalu selepas aktor itu menyifatkan status mereka selepas ini bakal menjadi ‘teman serumah’.

Hari bahagia pasangan merpati dua sejoli itu akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN