Hajat Pearly-Thinaah cipta hatrik ke final tidak kesampaian

Hajat Pearly-Thinaah cipta hatrik ke final tidak kesampaian

Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang menghuni ranking No. 4 dunia 14-21, 11-21 dalam masa 35 minit di Hong Kong Coliseum - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga berturut-turut pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas terkandas di separuh akhir, sebenar tadi.

Pasangan No. 2 dunia itu terpaksa akur kepada gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang menghuni ranking No. 4 dunia 14-21, 11-21 dalam masa 35 minit di Hong Kong Coliseum.

Pearly-Thinaah yang merupakan juara bertahan, beraksi konsisten pada Terbuka Hong Kong sejak 2023 dengan kemaraan mereka ke separuh akhir adalah yang ketiga berturut-turut.

Kekalahan menimpa naib juara dunia itu kepada Yi Fan-Shu Xian menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu itu kini semakin melebar kepada 1-5.

Selepas ini, fokus Pearly-Thinaah beralih kepada China Masters yang merupakan kejohanan Super 750 pada minggu depan.

Beregu bimbingan ketua jurulatih, Rosman Razak itu akan membuka aksi mereka berdepan pasangan pecah ganding Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari pada pusingan pertama di Shenzhen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN