Global Sumud Flotilla masuk zon kuning petang ini

Global Sumud Flotilla masuk zon kuning petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam perjalanan menghantar bantuan dan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza dijangka memasuki zon kuning pada pukul 5 petang ini (waktu Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Halim berkata, sidang akhbar akan diadakan petang ini bagi menyampaikan maklumat terkini berkenaan misi GSF.

“Insya Allah, GSF akan mula memasuki zon kuning pukul 5 petang ini.

“Zon kuning merupakan peringkat awal langkah berjaga-jaga sebelum memasuki zon merah,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Sebelum ini, Jawatankuasa Antarabangsa bagi Membanteras Sekatan Gaza berkata, GSF tiba di perairan utara Marsa Matrouh di Pantai Mediterranean, Mesir. 

Misi dijangka meneruskan pelayaran ke Alexandria dalam beberapa jam lagi. 

Katanya, dua kapal utama flotilla, OHWAYLA dan ALL IN hanya 366 batu nautika atau kira-kira 678 kilometer (km) dari Gaza dengan jangkaan tiba dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.

Sani Araby berkata, langkah mengadakan sidang akhbar penting bagi memastikan naratif yang disampaikan tepat dan jelas.

Sidang akhbar akan diadakan di Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di Mapim Central Warehouse, Sepang, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN