Gattuso raih debut sempurna bersama Itali

Gattuso raih debut sempurna bersama Itali

Penyerang Itali Moise Kean (tengah) merembat melepasi penjaga gol Estonia Karl Hein (kiri) untuk menjaringkan gol pertama Itali semasa perlawanan bola sepak kelayakan Kumpulan I Piala Dunia FIFA 2026 antara Itali dan Estonia di Stadio di Bergamo hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERGAMO: Gennaro Gattuso memulakan tugas sebagai jurulatih Itali dengan penuh bergaya apabila membelasah Estonia 5-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, pagi tadi.

Gol Moise Kean, dua jaringan Mateo Retegui, Giacomo Raspadori serta Alessandro Bastoni memastikan Azzurri meraih tiga mata penting sambil menghiburkan penyokong di Bergamo.

Kemenangan itu mengekalkan Itali di tangga ketiga Kumpulan I, enam mata di belakang pendahulu Norway yang bermain satu perlawanan lebih, menjelang aksi getir menentang Israel Isnin ini.

“Kami bermain baik hasil disiplin yang ditunjukkan semua pemain sepanjang minggu ini.

“Kami bekerja keras dan suasana dalam pasukan sangat positif. Bila kami bermain menyerang, ada risiko, tetapi hari ini menentang lawan yang lebih lemah, ia adalah pendekatan tepat,” kata Gattuso.

Itali kini hanya dipisahkan tiga mata daripada Israel di tangga kedua yang menawarkan laluan playoff, manakala hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir.

Azzurri sebenarnya mampu mencatat kemenangan lebih besar selepas melepaskan banyak peluang pada separuh masa pertama sebelum Kean memecah kebuntuan pada minit ke-58.

Retegui menambah gol kedua tidak lama selepas itu, diikuti jaringan Raspadori pada minit ke-71, sebelum Retegui sekali lagi dan Bastoni melengkapkan pesta gol pada penghujung permainan.

Kemenangan besar ini sekali gus memberi suntikan moral kepada Gattuso untuk mengelak Itali daripada terlepas aksi Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN