SAN FRANCISCO: Carlos Alcaraz mengakui kekalahan kepada Taylor Fritz menjadi detik paling sukar dalam kempen Piala Laver biarpun berjaya menyumbang dua kemenangan penting buat Pasukan Eropah.
Pemain No.1 dunia itu berkata, kekalahan itu memberi impak besar kepada kariernya dan memberi kesan kesan Pasukan Eropah.
“Malam Sabtu yang memang sukar. Ianya satu malam yang berat dan hari yang sangat penuh cabaran dengan kekalahan,” kata Alcaraz.
Alcaraz sebelum itu menebus kekecewaan apabila bergandingan dengan Casper Ruud untuk menundukkan Alex Michelsen-Reilly Opelka 7-6(4), 6-1 sebelum menewaskan Francisco Cerundolo 6-2, 6-1.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak cukup selepas Fritz memastikan trofi milik Pasukan Dunia dengan menumpaskan Alexander Zverev pada aksi penutup.
“Saya perlu lupakan kekalahan malam sebelumnya, ambil perkara positif dan jadikan yang silap itu lebih baik,” katanya
Alcaraz turut menegaskan dia bersedia mengambil risiko bermain berganda dan perseorangan dalam sehari demi memastikan Pasukan Eropah terus bersaing.
“Memang ada perbincangan siapa akan main beregu, tetapi saya cakap saya sedia dan mahu turun,” ujar pemain Sepanyol itu.
Walaupun gagal membantu pasukannya meraih gelaran, Alcaraz enggan menjadikan status nombor satu dunia sebagai beban. – AGENSI