FIFA denda FAM RM1.8 juta, gantung tujuh pemain warisan

FIFA denda FAM RM1.8 juta, gantung tujuh pemain warisan

PEMAIN-Pemain Warisan yang difahamkan berdepan penggantungan oleh FIFA berikutan FAM didakwa memalsukan dokumen.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM didapati menyerahkan dokumen yang dipalsukan ketika membuat semakan kelayakan dengan FIFA bagi membolehkan tujuh pemain tersebut diturunkan dalam aksi menentang Vietnam pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu.

Perlawanan itu berkesudahan, di mana Malaysia membelasah Vietnam 4-0.

Pemain terlibat adalah ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Kesalahan berkenaan terbongkar selepas FIFA menerima aduan mengenai kelayakan lima daripada mereka sejurus tamat perlawanan tersebut.

Selepas menilai semua bukti, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan denda CHF 350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM manakala tujuh pemain terbabit didenda CHF 2,000 (RM10,400) setiap seorang.

Mereka juga digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa serta-merta.

FIFA turut merujuk isu kelayakan pemain berkenaan untuk mewakili Malaysia ke Tribunal Bola Sepak FIFA bagi pertimbangan lanjut.

FAM dan pemain terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu, dengan diberi tempoh 10 hari untuk meminta penjelasan bertulis atau mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN