Ferrari siasat punca kemalangan Hamilton

Ferrari siasat punca kemalangan Hamilton

FERRARI perlu bangkit dalam baki saingan F1 musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZANDVOORT: Ferrari bakal melakukan siasatan sama ada masalah pada jentera pasukan itu telah menjadi punca kepada kemalangan Lewis Hamilton dalam Grand Prix (GP) Belanda, minggu lalu.

Juara dunia tujuh kali itu berdepan mimpi ngeri yang berterusan dalam musim pertamanya bersama Ferrari apabila dia terlibat dalam kemalangan ketika pada Ahad lalu.

Bos Ferrari, Fred Vasseur mendedahkan kepada media bahawa pasukannya akan menyemak sama ada terdapat isu pada kereta Hamilton yang mungkin telah menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Apabila ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kurangnya keyakinan Hamilton terhadap jentera SF-25, Vasseur menafikannya.

“Tidak juga. Ini agak luar biasa. Litar agak lembap semasa hujan renyai pertama dan lebih lebar daripada pusingan sebelumnya.

“Kami perlu menyiasat sama ada sesuatu berlaku pada kereta tetapi saya tidak fikir begitu. Secara keseluruhan, reaksi Lewis adalah baik, dia berada pada tahap kelajuan kereta dan Charles (Leclerc), mengejar (George) Russell dan bersaing dengannya.

“Ia adalah satu pemulihan yang baik selepas dua perlumbaan sukar sebelum cuti musim panas tetapi keputusannya bukanlah seperti yang diharapkan,” katanya.

Hamilton kini telah melalui 15 perlumbaan GP tanpa menaiki podium bersama Ferrari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN