Djokovic gegar Shanghai Masters

Djokovic gegar Shanghai Masters

Novak Djokovic. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Novak Djokovic kembali beraksi apabila penganjur Shanghai Masters mengesahkan kemunculan bekas pemain No.1 dunia itu pada kejohanan berprestij bermula 1 Oktober ini.

“Dia kembali. Juara empat kali kami akan beraksi semula di Shanghai tahun ini,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Djokovic tidak lagi menyertai sebarang perlawanan rasmi sejak kekalahan mengejut di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada Carlos Alcaraz awal bulan ini.

Lebih menarik, pemilik 24 gelaran Grand Slam itu sebelum ini membiarkan peminat tertanya-tanya apabila enggan mendedahkan jadual penuh penutup musimnya.

Setakat ini, Djokovic hanya menyatakan komitmen ke atas kejohanan ATP 250 di Athens pada 2 hingga 8 November, yang menggantikan acara Belgrade dalam kalendar 2025.

Penyertaan lagenda tenis itu di dua kejohanan besar selepas Shanghai iaitu Paris Masters (27 Oktober hingga 2 November) dan ATP Akhir di Turin (9 hingga 16 November) masih belum dapat dipastikan.

Kali terakhir Djokovic menjuarai Shanghai Masters ialah pada 2018, melengkapkan koleksi empat kejuaraan selepas mendominasi edisi 2012, 2013 dan 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN