Cheong Min akui kejayaan paling bermakna

Cheong Min akui kejayaan paling bermakna

ATLET wushu negara, Tan Cheong Min (tengah), Si Shin Peng (kiri) dan Lee Jia Rong (kanan) yang memenangi emas Kejuaraan Dunia Wushu 2025 ketika tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min, menyifatkan pencapaian meraih dua pingat emas dan satu perak di Kejohanan Wushu Dunia ke-17 di Brazil sebagai detik paling bermakna sepanjang kariernya.

Atlet berusia 26 tahun itu berkata kejayaan tersebut cukup manis kerana berjaya menebus kekecewaan di edisi 2023 di Amerika Syarikat apabila terpaksa beraksi dalam keadaan kesihatan tidak memuaskan.

“Saya tunggu enam tahun sejak kali terakhir menang emas di Shanghai, China pada 2019. Walaupun kali ini emas hadir dalam acara berbeza, ia tetap bermakna kerana tidak mudah untuk seorang atlet terutama wanita mengekalkan prestasi dalam tempoh sebegitu lama.

“Saya bangga dapat lakukannya sekali lagi untuk Malaysia,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini.

Cheong Min berkata, latihan intensif selama tiga bulan di China sebelum kejohanan menjadi faktor utama di sebalik persembahan cemerlangnya di Brazil.

Beliau memulakan kempen dengan pingat perak dalam acara Nandao, sebelum bangkit menyumbang emas menerusi acara Nangun.

Kemuncak kejayaan Cheong Min hadir pada hari terakhir kejohanan apabila bergandingan bersama Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee untuk menghadiahkan emas ketiga negara dalam acara Duilian wanita.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN