Boling SAM-YAKEB berlangsung meriah

Boling SAM-YAKEB berlangsung meriah

Barisan pemain dari 24 pasukan terdiri daripada media sukan tanahair dan rakan strategik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dalam pertandingan bowling SAM-YAKEB 2025, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran edisi ketiga Pertandingan Boling Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) 2025 (SAM-YAKEB 2025) kali ketiga berlangsung meriah, semalam.

Penyertaan 24 pasukan babitkan pengamal media dan rakan strategik SAM serta YAKEB berjaya mengumpulkan hampir 100 peserta yang turut menyaksikan beberapa bekas atlet negara turut menyertainya.

“Kadangkala waktu kerja sahaja berjumpa, dengan kejohanan ini dapat mengeratkan hubungan. Yang penting gembira,” kata legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Sementara itu, Exco Sukan SAM, Mohd Firdaus Hashim berkata, saingan kali ini berjaya mencapai objektifnya.

“Tanpa mengira menang atau kalah, kerjasama dan hubungan erat yang lebih kukuh terjalin mengjadi objektif utama pertandingan,” kata Firdaus.

Dalam saingan kali ini, pasukan F&N Zero muncul juara dengan mengumpul 1,311 jatuhan pin, diikuti pasukan News Strikerz dari RTM yang memenangi tempat kedua (1140 jatuhan pin) dan Team YAKEB C (1045 jatuhan pin).

Antara pasukan media yang sertai saingan kali ini adalah Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo!, RTM, TV3, Astro Arena dan Majoriti.

Manakala rakan strategik pula menyaksikan pasukan YAKEB, 100plus, F&N, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Pejabat Menteri KBS dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN