LONDON: Arsenal tidak berdepan masalah mencipta kemenangan di Stadium Emirates apabila ketiga musim ini apabila menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.
Kemenangan itu diperolehi menerusi sumbangan dua gol Martin Zubimendi dan satu daripada Viktor Gyokeres bagi memastikan Arsenal berada di kedudukan teratas buat seketika berikutan Liverpool akan bermain, esok menentang Burnley.
Keputusan itu juga memberi kekalahan pertama kepada Ange Postecoglou selaku pengendali baharu Nottingham.
Pemain tengah Sepanyol, Zubimendi, membuka akaun jaringannya bersama Arsenal dengan voli cantik pada minit ke-32 untuk membolehkan tuan rumah mendahului 1-0 pada babak pertama.
Arsenal bagaimanapun kehilangan kapten mereka, Martin Odegaard yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada bahu kanannya.
Bersambung babak kedua, The Gunners menggandakan jaringan apabila Eberechi Eze memanfaatkan kesilapan pertahanan, Nicolo Savona, untuk menghadiahkan peluang mudah kepada Gyokeres menyumbat gol ketiganya musim ini.
Ketika permainan kelihatan hampir berakhir, Zubimendi sekali lagi menemui sentuhan penyudah bagi memastikan kemenangan mutlak milik Arsenal apabila menyudahkan hantaran silang Leandro Trossard menerusi tandukan pada minit ke-79.-AGENSI