NEW YORK: Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz menyifatkan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di final Terbuka AS pada awal pagi Isnin sebagai sesuatu yang baik untuk sukan tenis.
Trump dijadual hadir menyaksikan aksi perebutan gelaran itu selepas sebelum ini menghadiri beberapa acara besar termasuk Super Bowl NFL pada Februari lalu dan final Piala Dunia Kelab FIFA Julai lalu.
Kali terakhir seorang presiden hadir ke Grand Slam di New York adalah pada 2000 apabila Bill Clinton menyaksikan final wanita, sekali gus menjadikannya presiden pertama berbuat demikian.
“Saya rasa ia satu penghormatan untuk mana-mana kejohanan apabila presiden hadir memberi sokongan, sama ada kepada tenis mahupun perlawanan itu sendiri.
“Bagi saya, bermain di hadapan beliau. Saya akan cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu supaya tidak gementar, tetapi kehadirannya tetap sesuatu yang baik untuk tenis,” kata Alcaraz.
Alcaraz, juara lima kali Grand Slam, bakal berdepan pemain No.1 dunia, Jannik Sinner dari Itali di final Isnin ini. – AGENSI