Wolff beri bayangan kontrak Russell bersama Mercedes

Wolff beri bayangan kontrak Russell bersama Mercedes

TOTO WOLFF - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Bos Mercedes, Toto Wolff memberi bayangan bahawa pengumuman kontrak untuk George Russell bakal dilakukan dalam tempoh sebulan akan dating sambil mendedahkan peluangnya adalah 50-50.

Russell dijangka akan kekal bersama Mercedes selepas musim ini berikutan pengesahan Max Verstappen bahawa dia akan terus memandu jentera Red Bull.

Sepanjang tahun lalu, Verstappen dikaitkan dengan perpindahan ke Mercedes dan Russell merupakan individu pertama yang secara rasmi mengesahkan bahawa terdapat perbincangan antara Mercedes dan kem Verstappen.

Namun, Verstappen akhirnya menolak kemungkinan perpindahan sensasi itu pada Khamis lalu sebelum Grand Prix (GP) Hungary dan Russell berkemungkinan akan kekal bersama Kimi Antonelli untuk musim 2026 tetapi tiada perjanjian dimeterai setakat ini.

“George sentiasa mempunyai kedudukan yang baik, kerana beliau telah menunjukkan prestasi sejak 2018. Tiada musim di mana dia tidak menunjukkan prestasi dan tiada apa yang mengubah pemikiran kami untuk tahun depan.

“Jadi, hanya kerana anda tidak bercakap secara terbuka tidak bermakna tiada perkembangan dalam hubungan secara dalaman dan berkaitan kontrak, kita lihat nanti.

“Kami akan umumkan terma yang kami tawarkan tetapi yang pasti kedudukan dia dalam pasukan sangat kukuh. Dia telah membuktikannya sekali lagi hari ini (Ahad lalu) dan tiada sebab untuk tidak merancang bersama George untuk jangka panjang,” kata Wolff.

Wolff kemudian menjawab 50-50 apabila ditanya jika ia boleh diumumkan dalam tempoh empat minggu akan datang iaitu sebelum GP Belanda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN