United tolak beberapa tawaran dapatkan Maguire

United tolak beberapa tawaran dapatkan Maguire

HARRY MAGUIRE - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United mendedahkan mereka telah didekati oleh beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Itali untuk mendapatkan Harry Maguire, menurut laporan Mail Sport.

Beberapa pihak yang berminat dari dalam dan luar England telah dimaklumkan bahawa kemungkinan besar pertahanan Red Devils itu akan melanjutkan kontraknya dan menghabiskan baki kariernya di Old Trafford.

Sama ada perkara itu akan berlaku masih belum dapat dipastikan namun tiga kelab EPL dan dua dari Itali telah mengintai peluang untuk mendapatkan Maguire pada musim panas ini tetapi telah ditolak.

Pemain berusia 32 tahun itu kini mempunyai kontrak bernilai 190,000 pound (RM1 juta) seminggu yang akan tamat pada penghujung musim akan datang.

Walaupun pihak Maguire enggan mengulas, difahamkan pemain itu berhasrat untuk kekal di United, kelab yang disertainya dari Leicester City pada 2019 dengan nilai 80 juta pound (RM450 juta), satu rekod dunia pada ketika itu bagi seorang pemain pertahanan.

Tiada rundingan lanjutan kontrak telah berlangsung setakat ini namun mesej kepada pihak yang berminat difahamkan bahawa United mahu mengekalkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN