Thompson tundukkan Lyles

Thompson tundukkan Lyles

Kishane Thompson (kiri) bersaing untuk menang di hadapan pemain Afrika Selatan, Akani Simbine (tengah) dan Trayvon Bromell dari Amerika Syarikat (AS) semasa acara 100 meter (m) akhir lelaki dalam aksi Silesia Diamond League di Stadion Slaski di Chorzow, Poland, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHORZOW: Kishane Thompson mengetepikan juara Olimpik, Noah Lyles dalam acara 100 meter (m) pada Siri Liga Berlian Silesia, manakala Keely Hodgkinson mencuri tumpuan dengan larian cemerlang 800m, semalam.

Pertemuan pertama sejak final Olimpik Paris tahun lalu menyaksikan Thompson melakukan permulaan sempurna sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan 9.87 saat (s).

“Tugas saya adalah untuk selesaikan kerja. Saya seronok bersaing dengan Noah hari ini (semalam). Paris tahun lalu menjadi pengajaran besar, saya belajar ianya tentang melawan diri sendiri,” kata Thompson.

Lyles menamatkan saingan di tempat kedua dengan 9.90s, namun tetap optimis menjelang Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun bulan depan.

Dalam pada itu, bintang Britain, Hodgkinson pula membuktikan dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring apabila merekodkan 1:54.74s sekali gus catatan terpantas dunia tahun ini.

Saingan jarak jauh pula, jaguh Kenya, Faith Kipyegon hampir memecahkan rekod dunia 3,000m wanita selepas mencatat 8:07.04s, hanya kurang satu saat berbanding rekod lama milik Wang Junxia dari China sejak 1993. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN