TH nafi belanja RM20 juta untuk penjenamaan  

TH nafi belanja RM20 juta untuk penjenamaan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan kononnya sejumlah RM20 juta dibelanjakan bagi proses penjenamaan semula institusi itu.

TH dalam kenyataan menegaskan tuduhan tersebut tidak benar sama sekali, malah ia merupakan fitnah.

Katanya, peruntukan sebenar bagi proses peremajaan jenama hanyalah RM2 juta setahun untuk tempoh tiga tahun.

“Langkah ini penting bagi memperkukuh jenama serta menarik minat umat Islam menabung secara sistematik, selaras dengan perubahan demografi masyarakat Islam di negara ini,” katanya.

Sehingga kini, TH memaklumkan terdapat 9.6 juta pendeposit dengan lebih 80 peratus transaksi kewangan dilakukan secara digital.

Bagaimanapun, lebih separuh daripada jumlah itu memiliki simpanan kurang RM1,300, sedangkan kos menunaikan haji bagi kumpulan B40 pada 2025 dianggarkan mencecah RM15,000 seorang.

Berikutan itu, TH sedang merancang kempen baharu bagi menggalakkan umat Islam menabung lebih awal bagi meningkatkan simpanan ke tahap yang membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.

Kenyataan turut memaklumkan, Lembaga Pengarah TH memutuskan untuk mengkaji semula strategi institusi berkenaan supaya kekal berdaya saing, memberi perkhidmatan terbaik serta menarik lebih ramai pendeposit, khususnya golongan muda.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) sewaktu perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) baru-baru ini.

Ahmad Marzuk bertanyakan pencerahan berhubung kos penjenamaan semula TH yang dikatakan bernilai RM20 juta dengan tiga firma bukan Islam terbabit dalam projek itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN