Suami isteri pemilik kedai emas maut nahas

Suami isteri pemilik kedai emas maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan berhampiran Felda Pemanis di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Mohd. Izuddin Harmaini, 51, dan isterinya, Nur Syamimi Rosli, 36, yang merupakan pemilik kedai emas dari Pekan, Pahang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan, Pahang menuju ke Segamat.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu Mohd. Izuddin dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kenderaan mangsa kemudian melanggar dua tiang elektrik. Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sememtara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan I Abd. Rahim Taufik berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN