Sinner, Swiatek cemas sebelum mara

Sinner, Swiatek cemas sebelum mara

Jannik Sinner bermain pukulan depan menentang Denis Shapovalov dari Kanada semasa perlawanan Pusingan Ketiga Perseorangan Lelaki Terbuka AS 2025 di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jannik Sinner dipaksa bangkit sebelum mengekalkan misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menyingkirkan Denis Shapovalov 5-7, 6-4, 6-3, 6-3 di New York, hari ini.

Juara bertahan itu berdepan saat getir namun kekal tenang untuk memastikan rekodnya masih hidup dalam usaha menjadi pemain pertama mempertahankan gelaran sejak Roger Federer pada 2008.

“Saya berada dalam detik yang sangat sukar, keputusan perlawanan tidak memihak kepada saya, tetapi saya hanya cuba kekal kuat dari segi mental.

“Minggu kedua kejohanan ini adalah fasa berbeza, ia semakin getir dan semakin sukar,” kata Sinner.

Dalam saingan wanita, Iga Swiatek pula terpaksa bermandi peluh apabila bangkit daripada ketinggalan 1-5 untuk menyingkirkan Anna Kalinskaya 7-6(7/2), 6-4 di Stadium Arthur Ashe.

Swiatek mengakui dirinya tidak berada di prestasi terbaik, namun tetap berjaya menempah slot pusingan keempat menentang pemain Rusia, Ekaterina Alexandrova.

Dalam pada itu, bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff menampilkan aksi paling meyakinkan untuk menyingkirkan Magdalena Frech 6-3, 6-1 sekali gus mengatur pertemuan blockbuster menentang Naomi Osaka.

Pertemuan Gauff-Osaka dianggap ulangan epik 2019, dengan kedua-dua bekas juara Grand Slam itu diyakini mampu menggegarkan Terbuka Amerika minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN