Selangor FC pesta gol, lumat Penang FC II 5-1

Selangor FC pesta gol, lumat Penang FC II 5-1

PEMAIN Selangor FC , Ahmad Danial Razali(tengah) meraikan jaringan pasukan Selangor FC yang menyaksikan skuad Gergasi Merah itu menang besar ke atas pasukan Penang FC II 5-1 di Stadium UM Arena,Kuala Lumpur, sebentar tadi-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad muda Selangor FC mempamerkan aksi garang apabila membelasah Penang FC II 5-1 dalam aksi Piala Presiden 2025 di Stadium UM Arena, sebentar tadi.

Penang FC II terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Muhammad Amir Asyraaf Yusnizam pada minit ke-12, namun Selangor bangkit mengamuk dengan lima gol.

Izzat Muhd Syahir Mohd Zulihsan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti minit ke-24 sebelum Ahmad Danial Razali meletakkan Selangor di depan lapan minit kemudian hasil rembatan padu dari luar kotak penalti.

Muhammad Zainurhakimi Zain Azraii menambah jaringan pada minit ke-73 selepas berjaya menyudahkan hantaran kemas dari rakan sepasukan , disusuli gol Ahmad Ariz Zuhayr Nor Zaidi pada minit ke-83 dan Muhammad Abrisham Mohd Fazdir pada minit ke-90+3 untuk melengkapkan pesta gol tuan rumah.

Dalam aksi lain, Terengganu FC Bawah 20 tahun membenam Kuala Lumpur City FC 4-0 manakala Johor Darul Ta’zim III menundukkan PDRM FC 2-0.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN