Richarlison ledak gol ajaib

Richarlison ledak gol ajaib

Richarlison (kanan) mengawal bola bersama pemain pertahanan Burnley Oliver Sonne pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur, London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bos Spurs, Thomas Frank meraih kemenangan sulung selaku pengurus Tottenham Hotspur apabila Richarlison meledak dua gol termasuk sepakan gunting menakjubkan ketika menewaskan Burnley 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur, malam tadi.

Pengendali dari Denmark itu menggantikan Ange Postecoglou yang dipecat hujung musim lalu selepas skuad The Spurs menamatkan kempen di tangga ke-17, kedudukan terburuk sejak 1977.

Perfect start atau dream start, saya akan menikmatinya dan saya harap pemain, kelab serta penyokong turut menikmatinya kerana itu sangat penting.

“Secara keseluruhan ia persembahan baik, bukan tahap luar biasa tetapi tidak pernah mudah untuk menang dalam EPL,” kata Frank selepas tamat perlawanan.

Richarlison yang hanya menjaringkan lima gol musim lalu tampil garang dengan gol awal minit ke-10 sebelum menghasilkan jaringan kedua melalui aksi akrobatik menakjubkan pada minit ke-60 hasil hantaran Mohammed Kudus.

Frank tidak menyorokkan rasa kagum terhadap penyerang Brazil itu dengan menyifatkan aksi sepakan guntingnya sebagai antara calon gol tercantik musim ini.

Gol ketiga hadir menerusi Brennan Johnson yang menyempurnakan hantaran Pape Sarr pada minit ke-66 untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya buat pasukan tuan rumah.

Burnley yang kembali ke Liga Perdana selepas muncul juara Championship nyata tiada jawapan terhadap ketajaman serangan Spurs dan jelas perlu meningkatkan prestasi jika mahu kekal di saingan utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN