Rekod sempurna Real terpelihara

Rekod sempurna Real terpelihara

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe berjabat tangan dengan jurulatihnya, Xabi Alonso ketika dia meninggalkan padang semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol antara Real Madrid CF dan Real RCD Mallorca di stadium Santiago Bernabeu, Madrid, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid meneruskan rentak cemerlang La Liga musim ini apabila bangkit menewaskan Real Mallorca 2-1 di Santiago Bernabeu untuk mencatat tiga kemenangan berturut-turut, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Xabi Alonso dikejutkan dengan gol awal Vedat Muriqi pada minit ke-18 yang menewaskan Thibaut Courtois menerusi sentuhan bahu.

Namun Los Blancos hanya memerlukan dua minit untuk mengubah rentak, dengan Arda Guler menyamakan kedudukan sebelum Vinicius Junior meledak gol kedua.

“Kami berada dalam fasa pembinaan semula dan kemenangan demi kemenangan ini memberi keyakinan besar kepada pemain.

“Saya gembira melihat mereka bangkit selepas ketinggalan kerana itu mentaliti yang kita mahu bawa ke hadapan,” kata Alonso.

Kylian Mbappe yang sudah menjaringkan tiga gol liga musim ini turut mencuri tumpuan meskipun dua jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Franco Mastantuono pula mempamerkan aksi berani pada penampilan sulung di Bernabeu, hampir menambah jaringan namun golnya juga dibatalkan kerana sentuhan tangan Guler.

Kemenangan ini memastikan Madrid kekal di tangga teratas sambil menunggu aksi Barcelona menentang Rayo Vallecano bagi mengintai peluang menyamai rekod sempurna mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN