PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) bersetuju untuk menandatangani penjaga gol Lille Lucas Chevalier dengan yuran sekitar €40 juta (RM197 juta).
Menurut sumber terdekat, penjaga gol berusia 23 tahun itu akan menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Eropah tersebut.
Chevalier, 23, turut tersenarai sebagai calon Trofi Yashin selepas mempamer prestasi konsisten bersama Lille musim lalu.
Langkah PSG itu dijangka mencetus persoalan mengenai masa depan Gianluigi Donnarumma yang kini memasuki tahun terakhir kontraknya.
Kontrak Donnarumma berbaki setahun dan dia dilaporkan menarik minat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Donnarumma sebelum ini mempamer aksi cemerlang ketika membantu PSG menewaskan Inter Milan 5-0 dalam final Liga Juara-Juara Mei lalu.
Lille menamatkan saingan Ligue 1 di tangga kelima dan layak ke Liga Europa musim ini. – AGENSI