PSG dominasi senarai calon Ballon d'Or 2025

PSG dominasi senarai calon Ballon d’Or 2025, Rodri tersisih

Pemain tengah Manchester City, Rodri melambai kepada peminat ketika dia memasuki padang dengan anugerah Ballon d'Or 2024 yang diterimanya pada 28 Oktober tahun lalu sebelum bermulanya perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Tottenham Hotspur di Stadium Etihad di Manchester, November lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Anugerah Ballon d’Or 2025 bakal menyaksikan pemenang baharu buat tahun kedua berturut-turut selepas Rodri gagal disenaraikan dalam kelompok 30 calon akhir yang diumumkan semalam.

Pemain tengah Manchester City itu sebelum ini memenangi anugerah 2024, namun musim ini tidak dicalonkan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut yang menamatkan musimnya lebih awal.

Ketiadaan Rodri turut disusuli dua legenda, Lionel Messi yang meraih anugerah terakhirnya pada 2023 serta Cristiano Ronaldo yang lima kali memenangi Ballon d’Or.

Paris Saint-Germain (PSG) mendominasi senarai dengan sembilan calon susulan kejayaan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah secara meyakinkan.

Barcelona pula meletakkan empat pemain termasuk pemain termuda dalam senarai, Lamine Yamal, 18, dan pemain tertua, Robert Lewandowski, 36.

Real Madrid yang memboikot majlis anugerah tahun lalu selepas kecewa dengan kemenangan Rodri, kali ini hanya diwakili tiga pemain termasuk Vinicius Junior.

Kelab Itali, Napoli turut diberi penghormatan selepas muncul juara Serie A dengan menyaksikan Scott McTominay menjadi pemain Scotland pertama dicalonkan sejak Ally McCoist pada 1987.

Sekiranya McTominay memenangi anugerah itu, dia akan menjadi pemain pertama dari Napoli dan hanya pemain kedua dari Scotland memenangi Ballon d’Or selepas Denis Law pada 1964.  – AGENSI

Berikut ialah senarai penuh 30 calon Ballon d’Or 2025:

1. Ousmane Dembele – Perancis/Paris Saint-Germain
2. Gianluigi Donnarumma – Itali/Paris Saint-Germain
3. Jude Bellingham – England/Real Madrid
4. Desire Doue – Perancis/Paris Saint-Germain
5. Denzel Dumfries – Belanda/Inter Milan
6. Serhou Guirassy – Guinea/Borussia Dortmund
7. Erling Haaland – Norway/Manchester City
8. Viktor Gyokeres – Sweden/Arsenal
9. Achraf Hakimi – Maghribi/Paris Saint-Germain
10. Harry Kane – England/Bayern Munich
11. Khvicha Kvaratskhelia – Georgia/Paris Saint-Germain
12. Robert Lewandowski – Poland/Barcelona
13. Alexis Mac Allister – Argentina/Liverpool
14. Lautaro Martinez – Argentina/Inter Milan
15. Scott McTominay – Scotland/Napoli
16. Kylian Mbappe – Perancis/Real Madrid
17. Nuno Mendes – Portugal/Paris Saint-Germain
18. Joao Neves – Portugal/Paris Saint-Germain
19. Pedri – Sepanyol/Barcelona
20. Cole Palmer – England/Chelsea
21. Michael Olise – Perancis/Bayern Munich
22. Raphinha – Brazil/Barcelona
23. Declan Rice – England/Arsenal
24. Fabian Ruiz – Sepanyol/Paris Saint-Germain
25. Virgil van Dijk – Belanda/Liverpool
26. Vinicius Junior – Brazil/Real Madrid
27. Mohamed Salah – Mesir/Liverpool
28. Florian Wirtz – Jerman/Liverpool
29. Vitinha – Portugal/Paris Saint-Germain
30. Lamine Yamal – Sepanyol/Barcelona

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN