Piala Belia 2025: AMD B-16 benam PDRM 9-0

Piala Belia 2025: AMD B-16 benam PDRM 9-0

AKSI Piala Belia 2025 melibatkan AMD B-16 (baju merah) menentang PDRM FC(putih) bagi aksi ke-15 kejohanan berkenaan.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad AMD Bawah 16 (B-16) tahun mempamerkan aksi garang apabila membelasah PDRM FC 9-0 pada perlawanan ke-15 Piala Belia 2025, hari ini.

Pesta gol AMD bermula seawal minit ke-11 menerusi Syaifullah Mahruzi yang membuka tirai jaringan, sebelum menggandakan kedudukan hanya empat minit kemudian.

Iman Danish turut mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-25, diikuti gol Arfan Haziq (m-36).

Separuh masa kedua menyaksikan dominasi berterusan AMD B-16 dengan Syazani Yussairi menambah gol kelima pada minit ke-51.

Iman Danish sekali lagi meledak pada minit ke-78 sebelum Alif Ashraf melengkapkan pesta jaringan dengan dua gol lewat permainan masing-masing pada minit ke-84 dan 89.

Dalam aksi lain menyaksikan Johor Darul Ta’zim V (JDT V) menang 3-1 ke atas Kuala Lumpur City manakala Penang FC III seri 1-1 dengan AMD Future.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN