PGA serah mandat reformasi kepada Woods

PGA serah mandat reformasi kepada Woods

TIGER Woods. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Lagenda golf, Tiger Woods dilantik mengetuai jawatankuasa baharu pemain Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) yang akan merombak landskap sukan itu di Amerika Utara.

Ketua Eksekutif Jelajah PGA, Brian Rolapp berkata, Woods akan menjadi pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Masa Depan yang dianggotai sembilan ahli termasuk enam pemain.

“Tujuan jawatankuasa ini mudah sahaja, kami mahu merangka model pertandingan golf profesional terbaik di dunia demi peminat, pemain dan rakan kongsi Jelajah PGA.

“Matlamatnya bukan perubahan kecil, tetapi perubahan besar,” kata Rolapp.

Selain Woods, antara ahli lain ialah Patrick Cantlay, Adam Scott, Camilo Villegas, Maverick McNealy dan Keith Mitchell, manakala tiga penasihat perniagaan termasuk jutawan John Henry.

Woods yang kini pulih daripada kecederaan Achilles (betis) menegaskan semua kemungkinan akan dibincangkan termasuk pengurangan kejohanan, bilangan pemain lebih kecil serta tawaran hadiah lebih tinggi.

“Tiada apa yang dikecualikan, kami akan meneliti pelbagai senario dan pilihan berbeza,” kata Woods.

Rolapp bagaimanapun menegaskan tiada garis masa ditetapkan, namun Jelajah PGA akan bergerak agresif untuk memastikan model baharu yang lebih kompetitif dapat dilaksanakan secepat mungkin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN