Petugas Andalusia terus komited, jemaah haji puji pengurusan

Petugas Andalusia terus komited, jemaah haji puji pengurusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) musim 1446H/2025 menzahirkan rasa syukur dan puas hati dengan layanan terbaik serta kelancaran perjalanan ibadah haji meskipun berdepan cuaca panas terik di Tanah Suci.

Hazizi Hashim, 45, dari Melaka menyifatkan pengurusan Andalusia pada musim ini antara yang terbaik apabila semua urusan berjalan lancar hasil komitmen 30 sukarelawan yang diketuai olehnya.

Katanya, Andalusia berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen terutama dari segi penyediaan prasarana, pengangkutan, makanan dan jadual perjalanan.

HAZIZI HASHIM

“Alhamdulillah, dari segi pengurusan Andalusia sangat terbaik. Maklum balas daripada jemaah lain juga menunjukkan petugas sangat komited membantu dari aspek masa, pergerakan dan sebagainya.

“Walaupun ada berlaku kepadatan di beberapa lokasi, kita dapat atasi kerana jadual yang disusun sangat teratur dan tepat,” katanya pada Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia di Hotel Grand Hyatt, di sini hari ini.

Hazizi turut berkata, kehadiran 30 sukarelawan banyak membantu kelancaran operasi haji jemaah.

Bagaimanapun, dia mencadangkan agar bilangan sukarelawan ditambah pada musim akan datang bagi meringankan tugasan petugas utama.

“Difahamkan sebenarnya jumlah petugas ramai, tetapi tahun ini hanya sebahagian sahaja yang diluluskan.

“Jadi saya harap sukarelawan dapat ditambah agar tugas boleh dipelbagaikan lagi untuk kelancaran operasi jemaah,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Salim, 66, dari Marang, turut mengakui kepuasan hati dengan layanan Andalusia sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

“Alhamdulillah, hotel, pengangkutan, jadual makan dan pengurusan di Mina semuanya teratur. Petugas Andalusia juga sangat komited serta sentiasa tepat pada masa,” ujarnya.

MOHAMAD SALIM

Katanya, pemilihan Andalusia dibuat selepas meneliti pakej yang ditawarkan selain mendapat maklum balas positif daripada jemaah terdahulu.

“Bila dibandingkan dengan agensi lain, Andalusia lebih tersusun dan menawarkan harga berpatutan,” katanya.

Dimaklumkan, seramai 555 jemaah haji di bawah selamat menunaikan ibadat haji tahun ini dengan dibantu 20 petugas rasmi dan 30 sukarelawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN