Pertahan perpaduan melalui semangat kemerdekaan

Pertahan perpaduan melalui semangat kemerdekaan

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh rakyat Malaysia perlu terus menghargai nikmat kemerdekaan dengan mempertahankannya melalui semangat perpaduan serta mengekalkan keamanan bersama.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sambutan Hari Kebangsaan ke-68 bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya simbol pengorbanan dan kebijaksanaan pejuang terdahulu.

“Hari bersejarah kita ini bukanlah sambutan semata-mata. Ia juga merupakan simbol bahawa kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan, perjuangan dan kebijaksanaan para pemimpin serta pejuang kita.

“Mari kita ketengahkan tanggungjawab sebagai rakyat dalam mempertahankannya dengan memperkukuh perpaduan dan mengekalkan keamanan bersama demi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau turut mengingatkan bahawa perbezaan pandangan dalam politik, ekonomi mahupun budaya tidak harus dijadikan pemisah.

“Sebaliknya, ia menjadi kekuatan untuk kita terus bangkit bersama dan mara ke hadapan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN