MELAKA: Pengurusan sesebuah persatuan sukan tidak boleh dipandang mudah kerana ia bukan sahaja berkaitan latihan atlet atau penganjuran kejohanan, sebaliknya melibatkan aspek pentadbiran serta dokumentasi yang wajib dipatuhi setiap tahun. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Zailani Siran berkata, kegagalan menghantar laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah persatuan dibatalkan, meskipun aktif di peringkat antarabangsa. “Ramai hanya melihat kejayaan melalui pingat emas…







