PDRM, Melaka FC terikat tanpa jaringan di Selayang

PDRM, Melaka FC terikat tanpa jaringan di Selayang

Pemain PDRM FC, Fadi Awad cuba mengasak pemain Melaka FC, Danilo Augusto Da Silva Magalhaes pada aksi perlawanan Liga Super 2025/26 antara PDRM FC menentang Melaka FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: PDRM FC gagal memanfaatkan aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang apabila diikat Melaka FC 0-0 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Aksi di antara PDRM FC dan Melaka FC semalam berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan tampil berhati-hati mengatur rentak permainan tanpa banyak percubaan berbahaya pada awalnya.

Peluang pertama hanya tercetus pada minit ke-13 menerusi penyerang import PDRM FC, Dumbia Bernard Henri, namun rembatan derasnya berjaya dinafikan penjaga gol Melaka FC, Badelic Gamba Florencio Jr.

Badelic terus menjadi wira Melaka FC apabila sekali lagi menyelamatkan gawang pasukannya menerusi aksi tangkas menafikan sepakan percuma rendah Park Tae Su pada minit ke-17 untuk mengekalkan kedudukan tanpa jaringan.

Melaka FC pula hampir merobek gawang PDRM FC pada minit ke-34, tetapi percubaan Patrick Gama Thomaz tepat ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Skuad The Cops berpeluang mendahului permainan pada minit ke-40 namun cubaan Mohd Safiee Ahmad sekadar melambung tinggi. Kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus mempamerkan corak permainan berhati-hati meskipun beberapa kali cuba mencipta gerakan berbahaya, namun gagal menewaskan benteng pertahanan lawan masing-masing.

Melaka FC sepatutnya sudah berada di depan pada minit ke-59, tetapi sungkitan Anderson Brito de Arruda yang berdepan Ifwat Akmal sekadar melambung tinggi, sekali gus terus menghampakan usaha mencari gol pembukaan.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, sekali gus terus mencari rentak sebenar bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN