Pasukan kriket SK Sungai Long berentap di MSSK 2025

Pasukan kriket SK Sungai Long berentap di MSSK 2025

Pasukan Kriket SK Sungai Long ( SuLong ) yang mewakili PPD Jeli merangkul naib juara peringkat MSSK baru baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sukan kriket merupakan salah satu sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun tidak sepopular bola sepak atau badminton.

Sukan tersebut mempunyai sejarah yang panjang dan berasal daripada England.

Di Malaysia, kriket mula dimainkan sejak zaman penjajahan British dan kini terus berkembang dengan adanya pelbagai usaha pembangunan sukan ini oleh badan-badan berkaitan.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi, dan slogan “Smash Hard, Play Smart” telah memartabatkan pasukan kampung dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Long (SuLONG) sebagai naib juara peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Kelantan (MSSK) yang berlangsung selama tiga hari di Padang SK Labok dan Padang SM Sains Machang bermula 28 sehingga Julai yang lalu.

Menurut jurulatih SK Sungai Long, Mohamad Azim Mohamed percubaan tahun kedua penyertaan SuLong dalam pertandingan sukan kriket semakin membuahkan hasil.

“Seramai 15 orang pemain diberi latihan intensif setiap petang dan hujung minggu bakal menampakkan hasil. Bermula dengan pengalaman tahun lalu, mereka telah berusaha keras dalam meneruskan perjuangan tahun ini. Jika tahun 2024 kita berada di tempat keempat, tahun ni kita mendapat naib johan. Semoga, impian Pejbat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli bergelar juara akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.’’ ujarnya.

“Kami menggilap murid-murid seusia 10tahun supaya mereka diberi peluang merasai kehebatan sukan ini. Terlalu awal untuk merampas kejuaraan dari sekolah yang menjadi juara bertahan, namun jika di mana ada kemahuan , di situ ada jalan,’’ ujar Zulkifli Jusoh Guru Besar SK Sungai Long dengan penuh semangat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN