KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadakan majlis flag-off bagi meraikan Pasukan Robotik POLYCC yang akan berlepas ke Daegu, Korea sempena Kejohanan 30th FIRA RoboWorld Cup and Summit 2025 yang akan berlangsung mulai 11 hingga 15 Ogos 2025.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Seramai 16 orang pelajar dan lima (5) orang pensyarah pengiring mewakili POLYCC dalam empat (4) kategori pertandingan iaitu HuroCup, Autonomous Car Challenge, Air-Drone Autonomous Race, dan Air-Drone Emergency Service.
Pasukan FIRA POLYCC diwakili oleh empat institusi iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).
Penyertaan ini bukan sahaja bakal mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, malah memperkukuh agenda pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dalam Revolusi Industri 4.0.
Seterusnya, satu Sesi Send-Off turut bakal diadakan di Balai Pelepasan, KLIA Terminal 1 sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral sebelum pasukan berlepas ke luar negara. Penyertaan dalam kejohanan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JPPKK dalam memperkasa pembangunan bakat pelajar