Partey sah sertai Villarreal ketika dalam ikat jamin kes rogol

Partey sah sertai Villarreal ketika dalam ikat jamin kes rogol

Thomas Partey meninggalkan Mahkamah Majistret Westminster di London pada 5 Ogos 2025, selepas diberikan jaminan bersyarat selepas hadir di mahkamah atas tuduhan rogol dan serangan seksual. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bekas pemain tengah Arsenal, Thomas Partey sah menyertai Villarreal meskipun sedang berdepan lima pertuduhan rogol dan satu serangan seksual ketika era bersama Arsenal di England.

Pemain tengah Ghana berusia 32 tahun itu kini bebas dengan ikat jamin bersyarat selepas hadir di Mahkamah London pada 5 Ogos lalu.

Pertuduhan melibatkan dua wanita antara tahun 2021 dan 2022 ketika Partey masih beraksi bersama The Gunners di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Pemain itu dengan tegas menafikan semua tuduhan dan menegaskan dirinya tidak bersalah.

“Kelab menghormati prinsip asas perundangan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan kesahihan fakta kes ini,” kata Villarreal dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Partey dijangka hadir ke Mahkamah Old Bailey di London pada 2 September ini untuk prosiding seterusnya.

Dia menyertai Villarreal selepas kontraknya bersama Arsenal tamat hujung Jun lalu dan sebelum ini dibeli dari Atletico Madrid dengan harga 45 juta Pound (RM256 juta) pada 2020.

Musim lalu, Partey beraksi dalam 52 perlawanan dan menjaringkan empat gol buat Arsenal yang disertainya sejak empat tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN