Ouattara wira Brentford

Ouattara wira Brentford

Dango Ouattara menjaringkan gol pertama untuk Brentford Ketika menentang Aston Villa di Stadium Komuniti GTech, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dango Ouattara meraikan penampilan sulung bersama Brentford dengan penuh bergaya apabila menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0, awal pagi tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu yang baru seminggu menyertai kelab berkenaan dengan yuran perpindahan dilaporkan 42 juta pound (RM238 juta) meledak jaringan pada minit ke-12.

Gol tersebut hadir selepas rembatan awalnya ditepis Emiliano Martinez namun bola muntah kembali kepadanya untuk disudahkan dengan tenang.

Kemenangan itu memastikan rekod cemerlang Brentford yang tidak pernah kalah dalam aksi pertama di laman sendiri bagi 10 musim saingan tertinggi England.

Ia turut menjadi kemenangan sulung buat pengurus baharu, Keith Andrews yang mengambil alih daripada Thomas Frank pada Jun lalu.

Frank kini mengendalikan Tottenham Hotspur yang turut cemerlang di bawah sentuhannya awal musim ini.

Brentford sebelum ini tewas 1-3 kepada Nottingham Forest dalam aksi pembukaan liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN