TENANG. Di depan saya mengalir perlahan arus Sungai Muar dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah. Sekelilingnya perkampungan orang Melayu dan Cina. Terletak pula di deretan rumah kedai era Perang Dunia Kedua, duduk di dalamnya mengembalikan nostalgia zaman 1950-an dan 1960-an seperti yang biasa ditonton dalam filem. Begitulah pengalaman saya lalui sewaktu bersarapan di Sama Sama Kopi yang terletak di pekan kecil Panchor, Muar, Johor. Bukan senang hendak dapat vibe sebegini.…