KUALA SELANGOR: Tindakan dua nelayan warga asing mengendalikan bot secara haram mengundang padah apabila dicekup pihak berkuasa dalam dua operasi di perairan daerah ini, semalam. Kedua-dua lelaki warga Kemboja dan Vietnam berusia 28 serta 31 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor ketika menaiki dua bot fiber berasingan. Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan pertama dilakukan pada kedudukan 1.4 batu nautika barat…