KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut memohon maaf atas fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya selama ini. Perdana Menteri berkata, Muhyiddin sebelum ini banyak melemparkan fitnah terhadapnya sama ada dalam mahupun di luar Parlimen. “Dia (Muhyiddin) pun kena minta maaf banyak tuduhan-tuduhan, fitnah dia lemparkan, (kata) kerajaan zalim, tidak beri peruntukan kepada Kelantan, beratus yang disebut di Parlimen…