Mental pemain KRW pulih

Mental pemain KRW pulih

WAN Fajarulekram Wan Mokhtar (tiga kiri) menerima jersi daripada Nik Hafiz Naim semasa pengambilalihan KRW FC di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Moral barisan pemain Kelantan Red Warrior (KRW FC) yang sebelum ini terganggu dengan status pasukan susulan sekatan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) kembali pulih selepas Nasken Coffee PM selesai mengambil alih pucuk pentadbiran berkuatkuasa kelmarin.

Pengendalinya Irfan Bakti Abu Salim mengakui isu tersebut mengganggu mental barisan pemain selepas mereka tertanya-tanya soal masa depan mereka bersama pasukan tersebut.

“Bila timbul masalah dengan FIFA, mental pemain sedikit terganggu termasuk saya. Kami (KRW FC) betul-betul tidak bersedia untuk menghadapi dua perlawanan awal walaupun sudah menjalani latihan keras.

“Tapi bila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tangguh dua perlawanan awal itu dengan selesainya pengambilalihan ini, saya yakin kita sudah bersedia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Irfan Bakti memberitahu, pihak pengurusan Nasken Coffee PM sudah bertemu dengan barisan kejurulatihan pasukan untuk perbincangan awal.

“Saya lihat mereka (Nasken Coffee) serius dalam memajukan pasukan dan bola sepak di negeri ini. Melihat kepada latar belakang perniagaan saya yakin Nasken Coffee PM mampu membawa perubahan ke arah lebih baik terutama dalam soal kewangan.

“Kewangan merupakan perkara penting dalam pengurusan satu-satu pasukan,” ujarnya.

Irfan Bakti berkata, sepanjang dibelenggu masalah barisan pemain KRW tetap menjalani latihan seperti biasa.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pengerusi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) Nik Hafiz Naim Nik Hassan dengan rasminya melepaskan semua pemilikan dan jawatan Presiden KRW berkuat kuasa serta merta.

Nik Hafiz Naim turut mengakui keputusan drastik yang diambilnya itu turut terkait dengan isu sekatan daripada FIFA yang dibangkitkan oleh FAM baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN