Melaka FC lega seri 1-1 dengan Penang FC

Melaka FC lega seri 1-1 dengan Penang FC

PENJAGA Gol Penang FC, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid berjaya menangkap bola ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka FC berjaya mengikat Penang FC dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi pertama bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat di sini, malam ini.

Tuan rumah yang ketinggalan 0-1 pada satu ketika menerusi jaringan Dylan Christopher Charles bagaimanapun bangkit mengikat kedudukan 1-1 menerusi tandukan penyerang import dari Brazil, Juan Douglas Teles da Silva.

Penang FC yang berjaya membawa pulang satu mata pastinya lega selepas aksi pertama mereka tewas 0-3 kepada Terengganu.

Melaka FC hampa apabila gol awal jaringan Muhammad Sharel Fikri Md. Fauzi menerusi rembatan kencang menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid pada minit ke-20 dibatalkan.

Hasil semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati salah seorang pemain tuan rumah berada pada posisi offsaid sekali gus pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut.

Sejurus selepas itu Penang FC mengandakan asakan menyebabkan benteng pertahanan tuan rumah terpaksa bekerja keras mempertahankan gawang mereka.

Pada minit ke-28 pelawat mengejutkan Melaka FC menerusi jaringan pemain tengah Dylan Christopher menewaskan penjaga gol tuan rumah, Badelic Gamba Florencio Jr.

Pada minit ke-57 Penang FC nyaris menambah jaringan gol kedua menerusi penyerang import Bruno Suzuki namun percubaannya melewati palang gol.

Melaka FC terus terdesak untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya usaha itu membuahkan hasil apabila pemain import dari Brazil, Juan Douglas menanduk masuk berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-69 bagi mengikat kedudukan 1-1.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN