Marquez sasar hapus badi GP Austria

Marquez sasar hapus badi GP Austria

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG: Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui Red Bull Ring masih menjadi satu-satunya litar dalam kalendar utama yang belum memberinya kepuasan penuh.

Sejak 2016, pelumba Sepanyol itu sudah tujuh kali beraksi di Austria tetapi sekadar meraih tiga kali tempat kedua dengan perbezaan masa yang sangat tipis.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke trek selepas cuti. Saya sudah berehat secukupnya.

“Litar Austria tidak pernah memberi saya kepuasan besar, tetapi ia sentiasa menghadirkan banyak pertarungan hingga ke selekoh terakhir, meter terakhir sebelum garisan penamat,” kata Marquez.

Marquez kini menunggang jentera Ducati yang sinonim dengan kelebihan membrek dan memecut, berbeza dengan ketika dia mewakili Honda sewaktu tewas tipis kepada Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo.

Musim ini, dia meraih lapan kemenangan Grand Prix daripada 12 perlumbaan selain mencatat kemenangan dalam sepuluh perlumbaan terakhir termasuk Sprint.

Red Bull Ring adalah antara empat litar yang belum pernah dimenanginya, manakala tiga lagi ialah Portimao, Indonesia dan Buddh.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia memburu kemenangan keenam berturut-turut di Austria sejak 2023 sambil mencari penyelesaian kepada masalah membrek dan masuk selekoh jentera GP25. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN