Majistret keluar perintah gali kubur Zara Qairina

Majistret keluar perintah gali kubur Zara Qairina

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Sipitang, Sabah mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir bagi tujuan proses bedah siasat.

Majistret Mahkamah Sipitang, Zuraini Ali Musa mengeluarkan perintah terbabit melalui aplikasi Zoom.

Pendengaran kes melalui aplikasi Zoom itu berlangsung selama setengah jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada pukul 2.30 petang.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan mengarahkan PDRM menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu itu bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di Papar, Sabah ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 11 pagi, 17 Julai lalu dan kes kematian pelajar berkenaan tular serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN