Liverpool buka kempen EPL dengan kemenangan

Liverpool buka kempen EPL dengan kemenangan

PENYERANG Baharu Liverpool, Hugo Ekitike sekali lagi menjadi taruhan Arne Slot dalam aksi menentang Arsenal.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool memulakan kempen saingan itu dengan kemenangan 4-2 ke atas Bournemouth pada aksi pembukaan penuh dramatik di Anfield, awal pagi tadi.

Mohamed Salah dan Federico Chiesa muncul wira Liverpool dalam misi mempertahankan kejuaraan tersebut.

Pada aksi itu, pemain baharu The Reds Hugo Ekitike membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-37 sebelum Cody Gakpo menggandakan kedudukan pada minit ke-49.

Bournemouth bangkit menerusi Antoine Semenyo, yang menjadi mangsa penghinaan berbaur perkauman pada separuh masa pertama sehingga perlawanan terhenti seketika, apabila menjaringkan gol pada minit ke-64.

Semenyo sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan gol keduanya 12 minit kemudian untuk mengejutkan penyokong tuan rumah.

Tuan rumah bagaimanapun kembali di depan menerusi Chiesa apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88.

Salah memastikan kemenangan dengan gol keempat pada masa kecederaan untuk Liverpool mengutip tiga mata berharga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN