Liga A1 Semi Pro bukan 'cap ayam'

Liga A1 Semi Pro bukan ‘cap ayam’

DOLLAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan Liga A1 Semi Pro musim ini yang menbuka tirai kelmarin tidak boleh dipandang enteng oleh pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski.

Sekiranya ada pemain berbakat dalam saingan kedua Liga Malaysia (Liga M) itu, Cklamovski wajar membuka pintu memberikan mereka peluang untuk mewakili Harimau Malaya.

Persaingan Liga A1 Semi Pro yang melibatkan 16 pasukan musim ini menjanjikan persaingan yang lebih hebat bagi merebut dua tempat ke Liga Super pada musim depan.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Dollah Salleh berkata, Liga A1 bukan lagi pertandingan berstatus ‘cap ayam’ dan mereka berhak diberikan peluang untuk mewakili skuad kebangsaan.

Katanya, pemilihan untuk menyarung jersi Harimau Malaya bukan hak eksklusif pemain Liga Super dan ia terbuka kepada mana-mana pemain yang mampu memikat barisan kejurulatihan.

“Kalau jurulatih rasa layak, kenapa tidak? Kalau bercerita tentang Liga A1 Semi Pro, kita nampak kali ini pertandingan ini akan menyerlah dan boleh bersaing dengan Liga Super,” kata Dollah.

Skuad kendalian Cklamovski akan kembali berkumpul pada bulan depan bagi mengharungi dua aksi persahabatan iaitu berdepan Singapura dan Palestin pada 4 dan 8 September.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN