Kos penjenamaan semula TH RM5.9 juta, tempoh tiga tahun

Kos penjenamaan semula TH RM5.9 juta, tempoh tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan bahawa kos bagi penjenamaan semula agensi itu melibatkan bayaran sebanyak RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

TH dalam kenyataan hari ini menegaskan, maklumat yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar pada 18 Ogos lalu adalah benar dan tepat.

Menurutnya, projek berkenaan merangkumi beberapa komponen utama termasuk penyelidikan dan kajian pasaran, audit serta pelan penjenamaan, perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman yang dilaksanakan konsortium perunding dilantik.

“Setakat ini, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar kepada konsortium berkenaan mengikut jadual bayaran yang dipersetujui,” katanya.

TH turut menafikan wujud sebarang kontrak atau pelantikan tambahan selain konsortium tersebut bagi inisiatif berkenaan.

Penjenamaan semula itu dikatakan sebahagian daripada usaha memperkukuh imej dan penyampaian perkhidmatan TH agar terus relevan dan diyakini oleh para pendeposit serta masyarakat Islam di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN