Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini menganjurkan program Gotong Royong Madani di sekolah terbabit.
Guru Besar, Roswati Yusof berkata, antara lain program itu bertujuan untuk mengecat laluan jalan , menebang pokok, menyelesaikan masalah saluran longkang tersumbat, menghapuskan pembiakan nyamuk dan tikus serta memperindahkan landskap sekolah.
“Program ini turut mendapat kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat untuk menyediakan peralatan gotong royong seperti tong sampah, cangkul dan gergaji untuk kegunaan program”.
“Objektif utama program ialah memupuk semangat kerjasama berpasukan, mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain, menjimatkan masa dan tenaga serta membersihkan kawasan sekolah”, katanya
Beliau berkata, pihaknya sangat menghargai melihat keberkesanan program selain mengharapkan kerjasama serta hubungan baik ini akan terus terjalin dan berpanjangan.
Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari , sesi fotografi dan penyampaian cenderahati. – UTUSAN