KL City ‘bedil’ PDRM 3-1

KL City ‘bedil’ PDRM 3-1

PEMAIN Kuala Lumpur City, Safawi Rasid meraikan jaringan ketika menentang PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City (KL City) FC tidak berdepan masalah untuk ‘membedil’ PDRM FC 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Skuad kendalian Risto Vidakovic mempamerkan penguasaan awal apabila meraih gol pertama pada minit ke-24 menerusi Safawi Rasid.

Skuad Warga Kota hampir menambah jaringan sebelum separuh masa pertama berakhir, namum Kpah Sherman gagal membaca hantaran menarik Ryan Lambert.

PENYERANG KL City, Kpah Sherman (tengah) diasak dua pemain PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK

Bersambung babak kedua, KL City menggandakan kedudukan menerusi penyudah menarik dari luar kotak penalti oleh pemain naturalisasi negara, Poulo Josue pada minit ke-52.

Tersentak dengan jaringan itu, pengendali PDRM, Eddy Gapil menukar strategi dengan membawa masuk Fadi Awad untuk menstabilkan jentera tengah The Cops.

Pada minit ke-66, PDRM hampir mendapat gol yang di cari-cari, namun Bernard Dumbia mensia-siakan peluang biarpun hanya berdepan penjaga gol KL City, Julian Quincy.

Pada minit ke-76, semakan video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan sepakan penalti kepada KL City selepas Josue dikasari pemain PDRM di dalam kotak penalti.

Manuel Nicolao yang diamanahkan untuk mengambil sepakan itu tenang menewaskan Ifwat Akmal Chek Kassim untuk meletakkan skuad The City Boys selesa didepan dengan kedudukan 3-0

Pada lewat permainan, PDRM berjaya mendapat gol saguhati menerusi sepakan percuma menarik, Kyaw Min Oo untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 3-1.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN