Sudah tiga malam berturut-turut Azim menemani ibunya di hospital. Ikutkan hati boleh sahaja dia pulang dan bermalam di hostel, tetapi timbul pula rasa kasihan di hatinya apabila melihatkan ibunya terlantar seorang diri di situ. “Tak payahlah kau susah-susah temankan emak di sini, kau balik sajalah ke hostel, esok kan ada kelas,” kata ibunya Wan Idah sambil membetulkan bantal di kepalanya. Azim hanya tersengih. Dia tahu ibunya cukup risau kalau dia…